Case Study 3 - Horrible DPI Mistake


Here’s the scenario- a print shop/graphics designer/magazine asks a client for a photo at 300dpi. They wish to print it out 7” x 5”. The client already has a beautiful digital photo with pixel dimensions of 2048x1536. The client notices that the photo editing software is showing that the photo is set to 72 dpi. So, following order the client types in 300 to reset the dpi to 300. In doing so the image is resample and enlarged over 4 times to pixel dimensions of 8533 x 6400. The client sends this enlarged 300dpi photo. The print shop/graphics designer/magazine rejects it (too grainy, too color blotches).The client is crushed.
The sad thing is that the client already had the perfect photo (2048 x 1536 @ 72dpi) which would have been beautifully printed at 7” X 5” (at 292.6 ppi). The print shop/graphics designer/magazine didn’t know what they really want –




By my understanding

DPI = PPI
Cuma yang beza adalah penggunaan istilah. Kalau ikut kebenaran, dpi digunakan @ di panggil apabila kita melihat dalam skrin computer, manakala ppi pula apabila proses cetakan @ print dilakukan.

Masalah yang dihadapi sekarang adalah kerana tuan kedai tu sendiri. Salah siapa??? Kalau di ikutkan tiada siapa yang salah dalam hal ini. Cuma yang menjadi masalah kerana kurang faham dan kurang ilmu berkenaan editing dalam software photoshop. Kalau saya yang jadi tuan kedai printer ni, saya akan buat on the spot bagi pelanggan tu. Sbb apa? Sebab pelanggan tu hanya tau amik gambar dan hantar print. Mungkin beliau tidak berapa nak tahu pasal teknik-teknik dalam photoshop. Masing-masing mempunyai kelebihan masing2. Dan lagi satu, sebagai tuan kedai gambar @ print sepatutnya beliau kene tahu teknik2 dalam editing dan sebagainya yang berkaitan. Lagi pun untuk menukarkan @ menambah dpi bagi gambar tidak la rumit. Hanya 2,3 kali klik da siap. Xde la membazir masa .. btol kan kan kann..


Ok, sekarang saya terangkan lebih lanjut psl Resolution = dpi dan ppi.
Resolution ni sebenarnya merujuk kepada titik-titik kecil dakwat, atau piksel yang membina sesuatu gambar, samada ianya pada paparan pada skrin komputer, ataupun pada gambar yang telah dicetak.

DPI = dots per inch.
PPI = Pixel per inch.

Samada gambar dicetak atau dipaparkan pada skrin komputer, gambar tersebut sebenarnya terbina dari titik-titik yang halus dan kecil.
  • Terdapat dots yang berwarna, dan terdapat juga dots yang berwarna hitam sahaja. Dalam cetakan warna hitam putih, saiz dan bentuk dots hitam itu, juga karak di antara setiap satu dots hitam itu, akan menghasilkan kabur.
  • Lebih banyak dot-dot kecil yang terlibat dalam satu ruang, lebih jelas gambar tersebut.
  • Lebih banyak dot-dot dalam sesuatu gambar, lebih besar saiz failnya.
  • Resolusi diukur dengan jumlah dots pada menegak atau melintang pada sesuatu gambar itu.
Setiap pekakas seperti scanner, digital camera, printer, atau monitor komputer, ianya mempunyai jumlah dots yang maximum, dan mampu untuk proses atau memaparkan sesuatu gambar tanpa mengambil kira berapa banyak dots yang terdapat dalam gambar tersebut.





Cuba anda lihat pada gambar di atas? . tiada beza kan?? Ini kerana untuk view dalam computer dpi tidak memberi apa-apa beza pon.. sbb dpi dalam computer telah di setkan pada 72dpi. Kiranya, jikalau 1 gambar kita ada 1000dpi , view pada skrin tetap 72dpi..sama dengan gambar yang 10dpi. Akan tetapi, apabila kita print @ cetak pada kertas, kita akan lihat perbezaan pada gambar tersebut. Cetakan @ kualiti gambar pada kertas di panggi PPI (pixel per inch).

Ada 4 faktor yang mempengaruhi kualiti imej:
1. Kualiti pada device iaitu bahan yg kita gunakan spt. Scanner, printer, kamera, dll.
2. Size dalam pixel bagi imej digital
3. Format untuk imej digital (lossy @ lossless compression)- JPEG, GIF, PNG
4. Pendapat / pandangan daripada photographer itu sendiri.


Saya bagi dua situasi yang berbeza untuk memahamkan lagi tentang DPI @ PPI.

Situasi 1:
Seorang photographer ada 300dpi laser printer. Dia scan gambar yang dia ada dengan dua jenis dpi. Gambar pertama dia print dengan 300 dpi. Gambar kedua dia print dengan 600 dpi. Adakah hasil gambar yang discan adalah sama atau berbeza?

Jawapannya SAMA. Ianya berpegang kepada teori “When a picture has more dots than the display device can support, those dots are wasted. They increased the file size, but don’t improve the printing or display of the picture. The resolution is too high for that device”.


Situasi 2:
gambar pada web selalunya mempunyai 72dpi, kerana resolution tersebut adalah biasa untuk paparan pada monitor komputer. Jika gambar tersebut dicetak menggunakan 600dpi printer,apa akan jadi pada gambar tersebut?

Jawapannya, gambar tersebut tidak akan kelihatan cantik, seperti yang dipaparkan dalam skrin komputer. Ini kerana printer tersebut tidak mempunyai cukup dots untuk menghasilkan gambar yang cantik dan jelas. Perkara ini berpegang kepada teori “ when picture has fewer dots than the display device can support, the picture may not be as clear or sharp”.


*************************Jom Belajar********************************************

Cara untuk tinggikan nilai DPI = PPI a.k.a Resolution:
1. Bukak imej dalam adobe photoshop
2. Pilih image>image size (Alt+Ctr+I)
3. Uncheck @ deselect utk Resample Image (rujuk gambar di bawah)
4. Lepas tu. Pada resolution Box tambah la nilai dpi cth: letak 300
5. Klik “OK”.



***(kalau kita tak uncheck utk resample image, kemungkinan besar masalah akan berlaku iaitu size image akan bertambah besar seperti masalah yang dihadapi oleh pelanggan di atas)


0 Responses So Far:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...